Thursday, May 14, 2009

CATATAN SI MUSAFIR: MENCARI HIKMAH DI SEBALIK PENGEMBARAAN

Wajah ceria sahabat seperjuangan, Bilal Jailani berseri-seri menyambut kehadiran diri di bumi yang sungguh bertuah ini. Risau juga saya ketika berada di dalam kapal terbang, saya sudah pun memberitahu Bilal yang kapal terbang akan mendarat di Cairo International Airport pada pukul 6.50 pagi sepertimana yang tercatat di dalam jadual. Namun ketentuan itu semuanya kerja Tuhan. Kapal terbang MS 969 daripada syarikat penerbangan Egypt Air itu mencecahkan rodanya di bumi padang pasir hanya tepat pada jam 7.30 pagi. Saya terus gelisah, sampai dah lah lewat 40 minit, mana dengan nak tunggu begnya lagi. Saya risau jikalau Bilal tidak sanggup untuk menunggu saya dalam tempoh yang begitu lama memandangkan beliau sedang menghadapi gelombang peperiksaan akhir. Bagaimana mungkin saya akan membawa diri? Amri fillah, tawakkal sahaja jalannya!

Secara peribadinya, saya telah jatuh cinta ‘pandang pertama’ mendengar sahaja alunan lagu ‘Hikmah Kembara’ dendangan Mirwana menyinggah di telinga. Apa ada pada Hikmah Kembara? Ya, jawapan yang pertama sekali saya akan berikan ialah rentak atau pun senilagu muziknya yang sangat indah dan bersahaja. Namun yang paling utama sekali ialah seni katanya. Sekali dengar mungkin agak mudah tanpa bait-bait yang sangat berbunga, namun isinya sangat mendalam. Isinya sarat dengan satu tuntutan daripada Tuhan ke atas hamba-Nya untuk berjalan di atas muka bumi ini. Tuhan bukan sahaja menyuruh kita melakukan ibadah khusus seperti solat dan berpuasa. Tapi tuntutan daripada Tuhan sebenarnya lebih daripada itu, dan tentunya tuntutan itu hanyalah kepada hamba-Nya yang tahu berfikir.

“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.”

(Al-Haj:46)

Saranan Tuhan untuk berjalan bukanlah semata-mata umpama saranan seorang ibu menyuruh anaknya membeli ayam di pasar, dan juga saranan Tuhan bukanlah semata-mata hanya untuk mengisi fitrah manusia yang suka berjalan-jalan tak tentu hala. Tidaklah Allah mejadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Maka saranan Allah itu adalah suatu saranan supaya si musafir itu dapat menambahkan keyakinannya lagi dalam menghangatkan lagi cintanya kepada Yang Maha Esa. Daripada sebuah cinta yang biasa kepada sebuah cinta yang tiada tolok bandingannya, sehingga mungkin sahaja makhluk-makhluk lain berasa cemburu melihat makhluk dan Tuhan sedang hangat berasmara. Seorang insan yang mahu menghangatkan lagi cintanya kepada kekasihnya, pasti dia akan berusaha untuk mengamati dahulu hasil-hasil ciptaan kekasihnya. Biliknya bagaimana, kemas atau seperti rimba? Pakaiannya bagaimana? Tulisannya bagaimana? Semuanya bagaimana? Rugilah kita jikalau dengan kekasih dunia kita mampu menghayati segala-galanya lebih daripada cinta kita kepada kekasih yang abadi.

“Kami tidak mengutuskan sebelum kamu, melainkan orang laki-laki yang kami berikan wahyu kepadanya di antara penduduk negeri. Maka tidakkah mereka berpergian di muka bumi lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka (yang mendustakan rasul) dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baih bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memikirkannya?”

(Yusuf:109)

Saya sering teringat kata-kata Ustaz Shahrul Nizam ketika belajar di Klang dahulu. Pernah sahaja ustaz itu bertanya kepada seorang anak muridnya,

“Mengapa mahu ke Mesir?”

Lantas anak murid itu menjawab,

“Mahu menjadi orang yang baik ustaz, bukankah Mesir itu merupakan bumi anbiya’?”

“Ya benar, Mesir itu memanglah bumi anbiya’, tapi anta kena ingat, kat Mesir itu juga ada fir’aun.”

Terkedu anak murid itu serba salah. Kemudian anak murid itu menjawab,

“Kalau macam itu ana pergi Mekah je lah, Nabi kan berasal dari situ dahulu?”

Ustaz pun tersenyum, “Benar, tapi jangan lupa yang Abu Jahal dan Abu Lahab pun berasal daripada situ.”

Saya ketawa terbahak-bahak mendengar ceramah Ustaz Shahrul Nizam tapi sungguh ceramah itu mengajak saya berfikir. Jadi untuk tujuan apa kita bermusafir jauh-jauh begini lagi-lagi kepada mereka yang pergi untuk duduk menuntut ilmu di sana?

“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (ulul al-bab).(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan (segala) ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau maka peliharalah kami daripada seksa neraka.”

(Ali Imran:190-191)

Bilal terus menyambut beg roda saya di samping Thaaqhib berkejar mengambil kereta Matrix yang terletak di tempat letak kereta. Alhamdulillah, kini kaki saya secara rasminya sudah pun berada di atas Ardhul Kinanah ini, sebuah bumi yang mempunyai sejarah yang sangat istimewa sekali. Anda boleh buka surah al-Qasas sebagai dalilnya. Subhanallah, tempat inilah juga tempat yang pernah menjadi idaman hati untuk menyambungkan ilmu pelengkap diri, tapi plot drama Illahi itu sentiasa memberi kesan yang berbirat di hati, sudah tentu hanya kepada mereka yang tahu menggunakan akal mereka sahaja. Rugilah saya jikalau perjalanan yang mahal ini hanya diiringi dengan gelak tawa gurau senda semata-semata. Biarlah pengembaraan ini membawa suatu kehangatan yang baru dalam jiwa saya, dan pasti jiwa anda juga, insya Allah…



p/s: Sekalung penghargaan kepada akhi Dhany, akhi Auzan, akhi Moja, akhi Azree, akhi Sani dan akhi Umair yang sudi meraikan pemergianku ke angkasa, ketahuilah bahawa hamba amat menghargainya


11 comments:

zahidzuhri said...

Wah...menarik giler perkongsian anta. Teringin pulak nak ikut anta BERJALAN bersama-sama mencari cinta ilahi ;)

Tapi agak kontroversiol jugak ayat nih,"...sehingga mungkin sahaja makhluk-makhluk lain berasa cemburu melihat makhluk dan Tuhan sedang hangat berasmara..."

heheh...berasmara?? correct me if I'm wrong,but it ist appropriate to use that word? wallahualam...

Selamat Berkelana dan Mengembara mencari Cinta Sebenar!! =D

althaarique said...

not a picture that I hope to see. You know which one I want. hahaha..ke dah byk collection? marwan???....

Abdullah Mujahid Hasanuddin said...

muaz behave ur self :p jgn tak balik marwan ye hehe..

Syauqani said...

pergh marwan....overseas....bwk balik la kt aku buah tgn....anyway nice posting!!

marwan_amz said...

to Zahid Zuhri,

Terima kasih krn ikut bersama2 menghayati perjalanan mencari cinta Illahi ini...

Pasal komen nta tu, sewaktu ana menulis ayat tu memang ana dah agak yang ayat itu mungkin sedikit kontroversi, cuma sekadar menjelaskan, sifat sastera itu sememangnya melampau, dan memang kadang2 kita akan mendapati ayat2 sastera yg bersifat sgt melampau,contoh boleh dirujuk kepada ayat2 dlm berzanji, selagi umum boleh memahaminya, ana rasa tiada masalah, cuma, kalau benar pembaca kurang menggemarinya, ana akan menggantikannya dgn ayat yg len, insya Allah......

Wallahu a'lam

marwan_amz said...

to Muaz,

Memimjam ayat Bro Mujahid, "Behave ur self", hehe.....

to Bro Mujahid,

insya Allah, doakan ana selamat pulang ke Malaysia...(tkot kena tahan kt KLIA psl selesema babi ni, na'uzubillah)

to Syaukani,

Syukran syaufiq, amek short sem ek? Ma'at taufiq. insya Allah ak bawak patung mainan firaun utk ko, hehe....

Azraai Ahmad said...

Kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis

Kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi

Lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun

Noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan

fahmi faudzi said...

wah bilal ngan thaaqiib... kirim salam diorg...

Beejan said...

marwan dh lpekan saye..huhu

althaarique said...

Bija,

hehe ayat tuh ko quote dari sapa? marwan jgn lupakan org di mas ni. Yg dimaksudkan bkan kami. tp org lain.

Im behaving myself by not disclosing the full meaning of it. benda baik kan? haha

Beejan said...

muaz..behave..