Sunday, March 29, 2009

LAW vs MEDIK: SURAT LAMA DARIPADA TEMAN

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi".

(Al-Quran;011:47)

Kali ini saya ingin menulis, khusus sebenarnya ditujukan pada sahabat saya, yang baru-baru ini perlu membuat keputusan yang serius, dan dalam masa yang singkat. Antara PERUBATAN dan UNDANG-UNDANG. Moga beliau ditunjuki Allah jalan yang lurus untuk menentukan hala tuju masa depannya. Moga beliau meletakkan Allah sebagai tujuan utama dalam apa jua tindakannya.

"Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan."

(Al-Quran;017:97)

Setelah kira-kira 4 bulan lebih pada pengetahuan saya beliau berada di Matrikulasi UIA untuk bidang undang-undang, baru-baru ini saya mendapat khabar yang beliau mendapat khabar bahawa beliau mendapat tawaran ke Mansoura University untuk perubatan; bidang yang pernah menjadi pilihannya suatu ketika.

Kini, beliau dalam dilemma, antara undang-undang yang sudah dicintainya, atau perubatan yang pernah menjadi idaman kalbu. Hrmm, macam nak pilih apa lak ea. Beginilah, be professional, saya cuba mengutarakan pandangan seorang sahabat, yang mungkin dangkal sifatnya, mohon diperbetulkan oleh mereka yang sudi membetulkan.

Ini kisah, berkisar tentang cita, yang berkait dengan cinta, dan cinta itu pasti kembali padaNya. Secara peribadi, saya memandang sewajarnya dan satu keperluan sebenarnya untuk beliau meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang. Hujahnya muda, we all need u to be there, to bring Islamic law to its real position, to represent da mukminin in da field, to draw da glory of Islamic Law at da future...

Bukan saya tidak mengalukan kehadiran beliau dalam bidang perubatan, apatah lagi Mesir. Dialukan sebenarnya. Sedikit selitan, andai beliau ditakdirkan di sini, banyak benda yang boleh digali di Ardhul Kinanah ini. Egypt such a jewel, deeply in dust n soil, seems dusky initially, have to deep dig 1st, u'll discover how precious it is. Memang jika cerita, Arab kebanyakan tak bagus sikapnya, dengan sifat kasar dan kurang adab, apatah suka menipu dan suka buang sampah rata-rata, belum lagi dengan persekitaran yang nak cerita buruknya memang tak habis. Namun, itulah namanya permata, kita kena pandai cari, insyaAllah, tak tersangka hasilnya. Macam di Fustat, dekat dengan Masjid Amru, di malam 27 dan 28 Ramadhan lepas, bertuah sungguh ada Syeikh Jibril, syeikh dari Makkah, tapi asal Mesir (if I'm not mistaken) menjadi imam Terawih dan Qiyam. Belum dikisahkan lagi dengan kelas-kelas talaqqi, tafsir, hafaz Quran belajar bahasa Al-Quran, nak cerita syoknya lagi menjadi adik kepada kakak-kakak dirasat yang pandai masak dan best dalam story telling. (hobi saya bila lepak dengan kakak-kakak dirasat; akak, cerita la pape, pasal pelajaran akak...Wahabi tu apa menda? Kalau macam ni, macam mana? Macam ensiklopedia bergerak lak, senang je kalau ada apa-apa.).

p/s; kalau sakit pula, pergi jumpa je kakak tahun 6 yang tengah tunggu nak periksa. Hihi, pernah je minta prescriptions dari Kak Jat.

Yang bagusnya Arab, kalau kita minta tolong apa-apa, masyaAllah, sangat semangat membantu. Ini saya cerita dalam post lain ea.

Nak digambarkan, saya sangat teruja dengan Mesir, sangat sayang..sangat menghargai. Di sinilah banyak boleh dipelajari, thaqafah diri untuk masa depan.

Saya percaya, sahabat-sahabat saya yang menceburkan diri dalam bidang Perubatan, punya cita-cita. Dan mungkin ini juga aspirasi sahabat saya ini apabila mahu menceburi bidang perubatan. Mahu menjadi doktor mukmin, doktor mengubat jasmani dan rohani, membawa kembali jismi kepada kestabilan fisiologi dan rohani kepada fitrah insani, mempraktiskan Fiqh Medicine, menubuhkan Mustasyfa Islamiyy di Malaysia dan mungkin di seluruh dunia. mengasaskan medical school, combining medical study wif Islamic and ethics perspective, handling medical issues wif QS as reference. Tidak berlaku masalah dalam soal jawab pesakit terhadap doktor tentang rukhsoh-rukhsoh dalam ibadah seorang pesakit, rukhsoh seorang doktor dalam melaksanakan tugas, menimbang tara masalah dengan meletakkan QS sebagai parameter. Apatah lagi seorang doktor boleh menyumbang besar membantu para mujahid di medan juang. Dan bayangkanlah, saat pertama seorang bayi ke dunia fana, disambut oleh doktor mukmin mendoakan barokah dan kerahmatan seluruh hidup yang bakal ditempuh bayi tersebut. Hendak dicerita, di waktu ini, di waktu genting, di saat nikmat sihat itu tiada, di situlah sebenarnya memerlukan soerang yang mengingatkan kita bahawa kita masih ada Dia. Dan yang paling sesuai untuk ini semua, adalah insan yang memilih untuk menjadi doktor mukmin. Itu cita-cita saya, insyaAllah.

Namun, wahai sahabatku yang masih dalam pilihan, tidak pernah niat ini tidak mahu kau di sini, cuma kukatakan, insyaAllah, bidang ini punya kami, usah dikhuatiri, panjatkan doa semoga hati-hati ini diistiqamahkan dengan niat suci ini. Sahabat-sahabat kita ramai sudah di sini, tidak menjadi fardhu ain padamu insyaAllah. Belum ditambah dengan senior-senior medic dan denstistry yang mengundang kagum.

Sebaliknya di dalam bidangmu kini, ku masih mencari siapakah dia pejuang dalam bidang itu untuk generasi kita. Kau sendiri mengetahui, berapa ramai sahabat kita yang memohon ke bidang itu, tapi masih belum tiba hasilnya. Kau tahukan betapa perlunya seorang peguam. Di saat bergolek kisah murtad Aisyah Bukhari, Lina Joy, jika tiada peguam fiqrah Islamiyy, mampukah kita memartabatkan apa yang sewajarnya? Belum lagi pertikaian demi pertikaian yang melibatkan perlembagaan apatah lagi undang-undang Negara. Waktu itulah sahabatku, ramai doktor pun tiada makna, andai tiada siapa yang ahli dalam bidang undang-undang yang mampu berjuang di medan yang sepatutnya. Dan detik itu, ia menjadi fardhu ain.

Sahabatku, percayalah keperluan untuk kau menjadi seorang peguam. Pada penglihatanku yang dangkal, sudah banyak perkara yang menuntut perubahan segera dalam bidang ini. Ditambah dengan karaktermu, pada pandanganku, menjadi asset penting sebagai orang kuat yang mampu membawa sesuatu for da sake of da future.

Sahabatku, syariah Islamiyyah kini masih hambar. Walau bukan maknanya tiada pejuang, cuma ku pohon padamu, jadilah wakil kami, padaku wakil generasi kita, menjadi tali pejuang peguam-peguam mukmin sebelummu, menjadi kesinambungan perjuangan mereka. Sama seperti kembang mekarnya perlaksanaan Muamalah Ekonomi dan perbankan Islam, mahu menegakkan sesuatu memerlukan ilmu dan pengkiktirafan kelayakan. Mereka yang tiada ilmu apatah tidak ahli masakan mampu membawa perubahan. Dan untuk menjadi ahli sudah tentu adalah dengan melibatkan diri di dalamnya. Tanpa pengiktirafan pula, sukar benar manusia kini mahu menerima pandangan.

Sahabatku, kau pandanglah sekitarmu, persekitaran pembelajaran undang-undang mahupun bidang undang-undang itu sendiri, ahlinya, pelajarnya, corak fikirnya, gaya bawanya, suasana, aplikasi Islamiynya dan kau fikirlah sedalamnya, ramalkan masa depannya dan timbulkan persoalan dalam dirimu, "adakah perlu aku di sini?"

Langsai sudah tugasku sebagai sahabat, mengutarakan apa yang ada bersama doa kupanjatkan moga dipermudahkan urusanmu. Segalanya kini terletak padamu. Kau lebih mengetahui dirimu. Panjatkan seikhlasnya doa, setinggi pengharapan petunjuk dariNya. Aturkan langkahmu. Kau juga mengetahu, kupercaya ini jua bukan lintasan hatimu sahabatku, persoalan prestij atau nama, apatah wang, tapi fikirlah yang manakah kini memerlukan character yang sesuai yang ada padamu dan yang paling penting, sejauh manakah ia membawa lebih taqarrub padaNya.

"Wahai orang-orang yang beriman! mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Al-Quran;061:10-11)

"Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kamu yang kafir."

(Al-Quran;003:147)

Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;"

(AL-Quran;003:194)

p/s: siapalah diri ini sebenarnya nak menulis komen untuk sahabat ini, yang pasti jauh lebih matang fikir dan akalnya. Maaf dipohon andai rima cerita seolah memaksa.

p/s: advantage untuk aku dan tempias pada KISAS secara langsung kalau kau go on dengan undang-undang, boleh aku kecek kau tolong budak bahas dapatkan balik status juara dalam debat. Haha, boleh tak nih?


Surat ini (surat alam maya sebenarnya) telah ditulis di Cairo oleh Radin, sahabat sesekolahku ketika singgah bersama mengaji di Kolej Islam Sultan Alam Shah yang telah disiarkan pada tarikh 15 Oktober 2007 di blog peribadi miliknya ketika itu, dia boleh dilawat di www.camarstolidus.blogspot.com. Insya Allah, isu dalam surat ini akan dijawab dalam artikel yang akan datang setelah hampir setahun setengah isu ini dibiarkan diam. Nantikan sahaja khabarnya, wallhu a'lam.

Thursday, March 19, 2009

SEPAGI BERSAMA AL-SAGOFF

Hari itu sedikit suram. Pagi yang jernih ditemani rintik-rintik yang membuih. Mata yang sayu terus menjadi kuyu. Kelas pukul 8 pagi adalah suatu kelas yang sangat menduga iman. Tambah lagi dengan suasana tenang seolah seperti di indera kayangan, nikmat tidur mana yang tidak mahu dilepaskan? Namun hati ini terus gah menghadapi cabaran, harithun 'ala waqtihi harus dipenuhi, bukanlah kerana semata-mata ia terkandung dalam 10 muwasafat, tapi kerana itulah sifat nabi kita dan juga sifat seorang muslim. Alhamdulillah, kaki ini sempat juga memijak lantai kelas sebelum pensyarah yang tegas tetapi lembut itu masuk. Sambil menunggu pensyarah datang, sambil mata tidur menelentang.

Kemudian, masuklah juga pensyarah itu dengan izin Allah. Prof Madya Dr Syed Ahmad al-Sagoff, pensyarah subjek law of torts di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim yang cukup mengagumkan. Mempunyai kaliber, ciri-ciri dan karisma sebagai seorang muslim yang berwibawa (Dah puji ni, kalau tak dapat A gak tak taw ler nak cakap apa, adeh). Rutin beliau, setiap kali permulaan kelas pasti tidak akan lalai daripada membacakan hadith-hadith pilihan yang terkumpul di dalam kitab Fadhail A'mal. Selain sebagai tazkiyah an-nafs, ia juga membantu minda memasuki gear perlahan demi perlahan. Sehingga terdapat rakan sekelas yang bukan muslim juga khusyuk mendengar ayat-ayat hadith itu diungkapkan indah satu demi satu.

Begitu pun pagi ini rutinnya berbeza, tanpa membuka kitab Fadhail A'mal, (malah membawanya pun tidak), terus Dr Syed Ahmad al-Sagoff bertanya, "Apakah yang wujud dalam bayangan kamu apabila berfikit tentang sultan?"
Sudah tentunya perbualan ini terjadi dalam bahasa inggeris. Maka berbondong-bondonglah idea dan cadangan dilemparkan oleh pelajar-pelajar yang bermata kuyu tersebut. Mungkin antara yang sempat dirakam minda ialah perkataan-perkataan seperti, power, palace, keris, yellow, crown, umbrella dan beberapa lagi perkataan lain. Saya masih menduga apakah sebenarnya mesej yang mahu disampaikan.

Kemudian, Dr al-Sagoff menukar kepada soalan yang lain pula, "Apakah pula yang wujud dalam bayangan kamu apabila berfikir tentang seorang peguam?"
Saya tersenyum, maka muncullah jawapan-jawapan yang menarik terbit di papan putih sekali lagi. Antaranya ialah Karpal Singh, pride, arrogant, court, cases, sweet talker, justice, dan yang paling penting sekali iaitu money, money and money. Ya, inilah jawapan pelajar-pelajar yang kian segar itu. Cadangan, lontaran dan mungkin juga tohmahan itu telah menjadikan kelas itu kian tumbuh segar membugar. Maka apakah komen pensyarah berjambang tebal itu?

Dengan tenang beliau yang juga aktif bergerak dalam jamaah tabligh memberi pandangan, "Hmmm, tak lah teruk sangat, tapi ketahuilah, inilah anda di masa hadapan nanti!"
Kelas menjadi tergamam, malah ada yang separa membungkam. Masakan ini adalah sifat-sifat kami?

Persepektif masyarakat terhadap kerjaya seorang peguam sudah pasti bermacam-macam ragam. Namun hatta sekarang pun tetap terdapat pandangan negatif terhadap kerjaya kepeguaman. Jikalau ditanya kepada budak-budak, lawyer is liar. Ya, mungkin benar. Bertanya kepada mereka yang pakar agama sikit, "there is no lawyer in heaven", bernada kelakar tapi hakikat itulah pandangan masyarakat. Bersifat materialistik, sanggup menggandaikan prinsip semata-mata demi mengejar keuntungan yang berlipat-lipat kali ganda. Ya, ini tidak kurang benar juga. Malahan di dada-dada akhbar juga berselerakan dengan berita peguam-peguam yang telah mengkhianati amanah yang telah diberikan mereka, istilah digunakan ialah, criminal breach of trust. Walaupun manusia itu bukanlah sempurna akhlaknya, tapi tak kan lah sehingga sifat negatif ini yang lebih tertonjol daripada sikap positif, pandangan anda?

Dr al-Sagof sambung mengatakan bahawa 10-20 tahun lepas, lebih banyak lagi perkataan negatif yang terbit di papan putih sejurus menanyakan pelajar-pelajar akan soalan yang sama. Sekarang mungkin beberapa perkataan sudah lenyap, apa mungkinkah pandangan masyarakat terhadap kerja kepeguaman itu sudah semakin pulih? Bagaimanakah jawapan pelajar-pelajar genarasi baru ketika ditanya soalan yang sama juga pada 10 tahun akan datang? Apakah mungkin perkataan arrogant, pride, money itu akan tetap kukuh terukir indah di papan putih? Atau mungkin kita mahu melihat perkataan seperti caring, helpful, hard working dan honest pula yang mengisi lidah-lidah sebutan? Realiti atau fantasi? Selamat datang ke alam kepeguaman!




Mungkinkah ini wajah bakal-bakal peguam yang akan mengislahkan kerjaya kepeguaman di Malaysia?

Saturday, March 7, 2009

USUL 'ISYRIN: 20 PRINSIP YANG MASIH RELEVAN


as-syahid Hasan al-Bana



Apa itu Usul 'isyrin? Ya, soalan ini pasti tidak akan asing bagi mereka yang pertama sekali dijamu dengan perkara ini. Namun, ramai juga dalam kalangan mereka yang sudah tahu malah sudah menghafaznya daripada satu usul ke satu usul yang lain, tapi masih terus saja membekukan anggota daripada terus mengamalkannya. Meraikan mereka yang ingin mengidamkan perpaduan umat Islam secara keseluruhan, Usul 'isyrin atau dalam bahasa melayunya, 20 prinsip merupakan suatu susunan as-syahid Hasan al-Bana yang sangat unik dan menerujakan. Ya, tidak keterlaluan juga jika saya katakan bahawa Hasan al-Bana adalah seorang yang amat genius dengan penghasilan susunan Usul 'isyrin ini. Hendaklah kita fahami pada awalnya lagi, usul dua puluh ini tidaklah disusun dengan sia-sia atau pun sekadar untuk mendapat nama. Malah di sebalik ilham susunan ini terkandung seribu satu makna perpaduan.


Hasan al-Bana mempunyai pengalaman hidup di zaman khilafah Uthmaniyah, dan dalam masa yang sama juga Hasan al-Bana mempunyai pengalaman sakitnya berada di zaman selepas kejatuhan khilafah. Kedua-dua pengalaman yang sungguh bermakna ini menjadikan Hasan al-Bana mempunyai kelayakan untuk menganalisis umat Islam ketika itu. Benar, umat Islam ketikaitu sangat berpecah. Bukan sahaja daripada perpecahan siyasah, malah berlaku juga perpecahan yang ketara dalam aspek aqidah dan ibadah, hatta hingga kan ke perkara yang sangat furuk sekalipun masih mahu bertelagah. Lidi yang berpecah-belah tidak mungkin mampu bertindak gah, namun kotoran mana yang tak dapat disapu oleh lidi-lidi yang bersatu padu. Bimbang dengan fenomena perpecahan dalam kalangan umat Islam sendiri inilah yang membawa Hasan al-Bana mencari satu formula yang bisa menyatukan kita menjadi satu.

Namun, mereka kata, Hasan al-Bana menyusun usul 'isyrin ini ketika di Mesir, relevankah digunakan di Malaysia? Saya pun berkata, ia tetap relevan, kerana ia melibatkan persoalan prinsip asas yang boleh disesuaikan dengan isu-isu yang berlaku di negara masing-masing hatta negara itu gelarnya Bolivia sekalipun. Mereka berkata lagi, Usul 'isyrin disusun dalam tahun 40an, sekarang sudah tahun 2009, maknanya usia usul ini sudah pun mencecah 60an, bukankah ia sudah pun uzur dan hanya menunggu ajalnya? Saya menyelar kerana ianya masih muda dan belum lagi ingin menemui ajalnya kerana jikalau di pandang di Malaysia sahaja, saya masih yakin yang kesemua dua puluh prinsip ini masih lemah penghayatannya. Nah, ada alasan lagi? Begitupun, harus diingat, ini bukanlah wahyu, ini merupakan ijtihad yang genius dari Hasan al-Bana, jikalau anda rasa anda mahu mencipta usul anda sendiri, tidak mengapa, janji syara' dihormati.

Menghuraikan kesemua usul di dalam penulisan ini amatlah sukar, malah perbincangannya saja boleh sahaja memakan masa berhari-hari, namun teruja diri ini untuk berkongsi seberapa yang mampu sementara pena ini terus menyelusuri. Kita lihat sahaja pada usul yang pertama iaitu hendaklah kita memahami bahawa Islam adalah sebuah agama yang komprehensif (syumul) meliputi segala bidang kehidupan. Apa huraian syumul di sini? Maksud mudahnya ialah Islam itu adalah cara hidup. Bidang ketenteraan ada pandangan Islamnya, bidang pendidikan ada cara Islamnya, majal undang-undang ada perspektif Islamnya, siyasah pun tak terlepas juga. Senang kata, Islam itu meliputi segala-galanya, kerana itu Islam sangat berbeza dengan agama-agama lain yang merupakan "agama" semata-mata, bukannya sebagai sebuah cara hidup. Ini sajakah penjelasannya? Tidak, wal hal hendaklah difahami juga syumul di sini membawa erti bahawa semua komponen-komponen kehidupan ini adalah saling lengkap melengkapi. Kecacatan dalam salah satu komponen ini tidak akan berjaya membawa imej Islam yang sebenar, iaitu sebuah agama yang adil, indah dan megah. Mithal kata, sebuah negara itu hanya mengamalkan sistem undang-undang Islam semata-mata, tetapi mengabaikan bidang ekonomi, pendidikan, ketenteraan dan lain-lainnya yang sepatutnya berada dalam cara Islam juga, hah, apa kesannya? Kesannya ialah imej Islam yang dibawa dalah tidak sempurna, dan mungkin sahaja berlaku kecacatan dalam negara tersebut kerana sifat Islam ialah syumuliah dengan erti kata, hendaklah ia lengkap melengkapi. Prinsip yang pertama ini adalah sangat penting kerana inilah yang sepatutnya menjadi asas kita dalam perjuangan. Oleh itu, seruan Islam tidaklah sepatutnya terbatas kepada bidang-bidang atau aspek yang kecil sahaja, malah seruan Islam itu sendiri hakikatnya hendaklah meliputi segala bidang. Tidak patut hanya tumpu kepada hudud dalam masa yang sama ekonomi langsung kita abaikan. Ingat, seruan ini meliputi seluruh bidang, dan hanya orang yang manja dan lemah jiwanya sahaja tidak mahu menyahut seruan ini.

Ya, ini baru satu, berlambak-lambak lagi usul yang kita masih belum menghayatinya. Memang cantik susunan Usul 'isyrin ini, bermula daripada asas iaitu aspek aqidah seperti perihal dua pegangan utama iaitu al-kitab dan sunnah hinggalak kepada perkara yang dianggap kecil tapi penting seperti isu khilafiyah dalam ibadah dan feqah, isu jampi, sihir hinggalah ke isu adat. Kita jeling sikit ke usul yang terakhir iaitu usul yang kedua puluh, disebut bahawa janganlah kita mengkafirkan mereka yang telah pun mengucapkan dua kalimah syahadah dan beramal dengan tuntutan-tuntutannya kecuali dirinya sendiri mengakui kekufurannya atau pun melakukan sesuatu perkara yang tidak boleh ditafsirkan lagi melainkan dengan perkataan kufur. Inilah usul yang terakhir tapi ingat, ini sangat serius, jangan mudah-mudah sahaja kita mengatakan seseorang itu kafir hanya kerana dosa yang dilakukannya. Mereka yang mengikuti isu politik negara ini, pasti sudah biasa mendengar isu kafir-mengkafir ini. Percayalah, perangai ini sangat buruk. Siapalah anda untuk mengatakan orang yang bukan-bukan? Dan yang penting, kuasa untuk menentukan seseorang itu kafir atau muslim bukan rakyat biasa, tapi adalah pemerintah, dalam keadaan kita sekarang, tak lain ialah mahkamah syariah.

Sikit-sikit lama jadi bukit, saya menyeru mereka yang cintakan perpaduan ummah, marilah bersama-sama kita menghayati 20 usul ini, jangan bimbang, ianya masih relevan. Bagi mereka yang belum pun pernah menatapnya, cari-carilah di toko-toko buku, pasti ada. Bagi mereka yang sudah beribu kali mengkhatamkannya, bila lagi nak mengamalkan? Saya yakin dan pasti, jilakau formula ini benar-benar dihayati oleh seluruh umat Islam, ustaziyatul 'alam itu pasti bukan angan-angan lagi, wallahu a'lam.