Usai menunaikan solat fardhu isya' secara berjemaah di Masjid Sultan Alam Shah, UIA, saya terus bergegas bergerak menuju ke tempat destinasi. Hati berasa agak terkilan jikalau terlepas sekali lagi peluang unntuk menyaksikan sahabat seusrah , Ahnaf berentap di Main Auditorium bersama rakan-rakan Algebranya. Bulan biru bukan selalu timbul, peluang sekali jangan dilebur. Sedang saya gegas menyarung capal, terserempak pula dengan rakan sebilik saya dahulu ketika di Kisas, Husnul Azzam namanya. Orangnya tinggi lampai, bermuka serius tapi sering membuat lawak tak serius.
"Wey, budak-budak kisas ada kat CAC datang buat persembahan, pergilah jumpa, ustazah Zakiah dan ustazah Zubaidah ada sekali."
Owh, budak kisas, mula-mula berfikir, tiada gunanya ke sana, bukan kenal siapa pun, namun apabila disebutkan nama Ustazah Zakiah dan ustazah Zubaidah, rasa bersalah pula kalau tak berjumpa, sang murabbiyah.
Ajak Fawwaz, tak dapat dipenuhi memandangkan jadual hidupnya yang amat padat. Sayang sekali, hanya kiriman salam sahaja menemani saya menuju langkah demi langkah ke bangunan megah Cultural Activity Centre (CAC). Mula-mula memang berasa malu, sudah lebih dua tahun saya meninggalkan bumi yang sangat bermakna itu. Walaupun hanya sempat singgah sebentar sahaja menuntut ilmu di situ, namun pengalamannya sungguh tidak terperi. Saya jujurnya enggan mendengar perkataan "Kisas" berkumandang terlalu kerap. Ya, pengalaman di situ memang berharga, amat sukar untuk dilafazkan jiwa, namun walau semahal mana pun isi di tengah-tengah persinggahan sementara, hakikatnya saya telah mengakhiri zaman persekolahan saya dengan hati yang penuh hiba. Pengalaman itu sungguh sakit, lukanya sungguh berbisa, mengambil berbulan-bulan, malah hampir dua tahun untuk dipulihkan, parutnya pun masih ada. Itulah plot Tuhan, ibrah bagi mereka yang berfikir!!! (Macam drama cerekarama tv3 ler lak).
Prinsipnya tidak semua perkara yang ditegakkan di Kisas saya setuju. Malah, banyak sahaja suasana di sana yang saya rasa perlu diislahkan lagi dalam memenuhi keperluan semasa remaja. Zaman 80an tidak sama dengan zaman 90an dan begitu juga zaman 90an tidak sama dengan zaman alaf kedua. Jikalau tidak sama, sudah tentu sistemnya perlu diperbaiki lagi. Suatu pembaharuan perlu berlaku. Nafas tarbiyah yang lebih komtemporari perlu didedahkan. Namun, saya tetap harus mengakui yang dua tahun saya di Kisas sangat berharga. Di situlah saya telah berjumpa dengan ramai sahabat yang hebat-hebat, lantang bersuara, tegas dalam prinsip. Mereka sungguh mengkagumkan, semoga mereka mampu membawa suara al-Haq terus menuju ke puncak asalnya. Di situlah juga saya telah dibukakan minda dengan perbincangan wacana ilimiah, idealisme barat, idea tokoh-tokoh gerakan Islam komtemporari dan pelbagai lagi. Malahan di situlah juga saya didedahkan dengan pengamalan budaya-budaya murni Islam secara praktikal. Ihtiram Murabbi adalah suatu amalan yang sungguh mengagumkan. Pelajar akan berebut-rebut untuk membantu guru mengangkat barang walaupun guru tersebut tidak pernah pun mengajarnya. Budaya memberi salam, memang sangat terserlah, sehingga diakui sendiri oleh Ketua Umum SMKA Pedas yang ketika itu mengikuti program pertukaran pelajar di Kisas. Buku tazkirah saya yang sudah kuning itu pun masih berada di dalam simpanan almari saya. Tercatat-catat dengan jelas isi-isi tazkirah disertai dengan nama muzakkir ketika itu. Serban merah saya yang sudah bertahun dibiarkan di dalam almari juga masih di situ. Masa itu sungguh indah!
Ya, saya memang wajib mengakui, memang Kisas serba sedikit telah memperbaiki kembali hidup saya yang hampir-hampir melencong. Lima keunikan di Kisas, Tarbiyah, Biah Solehah, Teachers, Friends dan Ukhuwwah, semuanya memang unik, sangat unik.
Angin ribut penghawa dingin menerjah wajah yang sedang tercungap-cungap. Saya gigih mencari kelibat Ustazah Zakiah dan Ustazah Zubaidah. Belum pun beberapa meter saya masuk ke dalam dewan, wajah itu berpaling merenung saya. Betullah, itulah ustazah Zakiah. Wajahnya masih tergambar jelas di minda saya. Saya bergerak perlahan-lahan menuju ke kerusi ustazah, alangkah terharunya saya melihat ustazah bersungguh-sungguh menyambut saya dengan mengangkat semua barangnya yang ada di kerusi sebelah semata-mata untuk membolehkan saya duduk. Siapa tidak terharu? kedua-dua ustazah tersebut tidak pernah pun mengajar saya. Hanya berpeluang berkenalan di dalam bilik guru sahaja. Malah mereka juga tidak
mengingati nama saya. Tapi sambutannya terhadap saya seolah-olah saya seorang yang sangat rapat dengan mereka. Saya merenung wajah kedua-dua murabbiyah ini, memang wajah yang sangat tabah, guru-guru Kisas sememangnya istimewa, sangat istimewa. Mana taknya, siap ada guru saya dahulu yang pernah menyorokkan lagi buku matematik tambahan saya di dalam laci mejanya, senda Murabbi dan Mutarabbi,
"Ustazah rasa kamu ni dulu kecik sedikit, gembira sangat ke duduk kat sini?"
"Ini pun dah kurus sikit dah ni, kalau sebelum ni..."Saya terus menghalang Azree MH, senior Kisas saya yang suka menyakat saya.
Dengan riak tersenyum, saya selamba menjawab, "Tension ustazah, putus cinta, dah tak thiqah dah macam dulu."Ustazah Zakiah dan ustazah Zubaidah tersenyum sahaja, masakan saya hanya bergurau.
Hajat saya untuk singgah sebentar di dewan mewah tersebut berubah. Saya bersama Azree MH dan akh Khairuddin (senior Kisas saya, SPM 2004) menemani ustazah sampai ke penghujung program. Malah kami ikut bersama-sama mengiringi warga waqafan, junior-junior kami menaiki bas. Tempoh liqa' ini walaupun tak lama, tapi amat menyentuh sukma. Terasa seolah-olah tidak mahu melepaskan diri daripada terus berbual-bual, bergurau senda dengan mereka. Tapi itulah nostalgia, masa hadapan bukan di belakang, saya harus berlari, dan terus berlari hingga mencapai matlamat-Nya. Murabbi murabbiyah di Kisas dahulu telah puas mentarbiyah, sia-sialah usaha mereka jika yang keluar hanyalah seekor burung pipit yang masih belajar terbang di udara. Bukan begitu?

"Fastaqim Kama Umirta"
p/s: Dalam kehangan itu, sempat juga berlari mendengar nyanyian Ahnaf, bez!!!
5 comments:
si fulan ini tersenyum kekambingan dikala melihat gambar tuanku yg slim, kacak dan bergaya. Maka, tidak salah la jika dikatakan...akhawat cair tuanku. =) harap comment ini tidak di-delete. dan burger king menanti.
salam...huhuhuhu
gambar 1st: mcm kenal itu owg yg pakai baju berwarna kuning...huhuhu:P
gmbr 2nd: kamu smart,kurus dan macho...
sekarang kamu smart pemikiran,chomel n cool:P
gmbr 3rd: aku pn teringat zaman skool ku...:P
hahah selamat maju jaya.....
salam...huhuhuhu
gambar1st: ku merindua skoll ku..
gambar2nd: mcm kenal itu owg yg pakai baju berwarna kuning...huhuhu:P
gmbr3rd: kamu smart,kurus dan macho...
sekarang kamu smart pemikiran,chomel n cool:P
gmbr4rd: aku pn teringat shabat2 sesekolah gan ku...:P
hahah selamat maju jaya.....
hahhahaha
salam syeikh kabeerul kubra..
lama x bertemu dan bertanya kabar
pa habaq?
ni kalau nak lirik
nasyid rasmi badar;
http://monofar.multiply.com/reviews/item/29
dan nasyid tema badar batch kita;
http://monofar.multiply.com/reviews/item/30
Post a Comment