Thursday, February 12, 2009

FENOMENA BOLA SEPAK:SUATU KACA MATA DAKWAH




"Wey Abu, aku yakin malam ni Liverpool pasti menang"

Belum pun habis aku berbicara, "Apa barang Liverpool, Manchester la!!!" Razi pula yang tak pasal-pasal menjadi penyibuk. Suasana ahlul bayt kembali menjadi hangat.

Abu, seorang peminat Chelsea yang teramat fanatik pasti tidak dapat melepaskan kecewanya selepas jurulatih unggul Brazil itu dilucutkan jawatan. Ya, riak wajah kecewa memang ada, urat-urat duka semakin berkerut di dada. Lebih-lebih lagi apabila telah dibelasah oleh Torres beberapa minggu lepas. Yes, kemenangan itu akan kembali !!! (masih mengharapkan piala liga inggeris akan kembali ke Anfield setelah bermurung durja selama hampir 18 tahun)

Ya, bagi seorang peminat bola sepak, nilai pasukan yang diminati itu adalah amat berharga. Sanggup bersengkang mata pada pagi hari daripada bertahajjud, sanggup bertengkar lebat di dalam bilik daripada mengulang kaji, sanggup bermasam muka daripada menghayati manis sunnah nabi, ya, itulah fenomena bola, tidur bola, makan bola, minum bola!!!

Saya pernah dengar daripada rakan-rakan saya dahulu yang mendedahkan bahawa Barat merancang untuk menjatuhkan Islam dengan 3S iaitu sex, sports dan songs. Ya, sudah tentu fenomena bola seperti yang telah dinyatakan di perenggan atas sudah hampir menjayakan rancangan perang saraf Barat untuk kali ke berapa entah. Seolah-olah bola itu sudah menjadi agama pula (seperti yang berlaku di sesetengah negara Barat sekarang).

Ya, tapi di sebalik perancangan Barat yang licik lagi kejam itu, sebenarnya Bola sepak boleh dijadikan satu wasilah yang menarik dan berkesan dalam langkah kanan untuk melakukan tajmi'. Benarkah? apa rasionalnya?

Fakta pertama-Bola sepat amat digilai oleh sebahagian besar lelaki tidak kisah sama ada berkopiah atau tidak, solat di masjid atau pun yang lepak di kedai kopi, dan sebagainya. (Pensyarah subjek Introduction to Law saya dahulu pun peminat The Reds)

Fakta kedua-Bola sepak mempunyai kuasa untuk menarik beribu-ribu manusia untuk hanya menonton sebiji bola disepak ke sana sini. Demonstari-demonstrasti yang berlambakan di Malaysia ini pun tidak mampu mencecah angka yang besar ini. Bayangkan untuk pertandingan final Liga Juara Juara Eropah sahaja, penonton boleh mencecah lebih daripada 100,000? Belum dikira lagi dengan penonton-penonton setia di warung kopi atau pun di rumah. Sambil mendodoi anak sambil menonton bola, oh, manisnya!

Fakta ketiga-Bola sepak berjaya menjadi agen penyatuan daripada kelompok-kelompok yang berbilang bahasa, bangsa, kulit dan warna. Bayangkan, anda berada di kedai kopi sedang menonton Liverpool membelasah Manchester United. Pada mulanya anda mungkin keseorangan, apatah lagi terdengar nanyian sang burung hantu. Sungguh gerun!!! Namun lama-kelamaan, anda tidak lagi keseorangan, kerana entah mana tiba-tiba datang manusia yang sama-sama berada di pihak anda (Liverpool sudah pasti) menemani anda. Daripada tidak kenal, tiba-tiba menjadi kawan rapat. Semuanya kerana bola. Bukankah ini peluang yang baik untuk mencuri hati?

Fakta keempat-Bola sepak berada di semua negara di dunia ini mahupun yang masih rancak berada dalam kezaliman peperangan seperti Palestin dan Iraq. Maka, bicara bola adalah tetap relevan walaupun anda berada di negeri Zimbabwe sekalipun.

Fakta kelima-Tak larat dah nak fikir.

Bola memang boleh melemahkan ummah jika terlalu taksub tidak bertempat. Apa-apa perkara pun jika taksub, pasti menjadi buruk. Namun, kelemahan itu pasti dapat ditangkis jika ianya dilakukan dengan penuh berstrategi dan berhikmah. Bagi mereka yang menganggap bola ini membosankan dan kolot, carilah wasilah-wasilah lain yang bersepah-sepah di luar sana. Namun bagi mereka yang sudah pun meminati bola sepak semenjak kaki memijak jalan tar lagi, apa kata kita sama-sama mempergunakan jalan ini dengan sebaik-baiknya? Menarik bukan? Selagi tidak memperTUHANkan bola, kenapa tidak? Ya, Satu cabaran!!!

(Saya dan Abu juga menjadi rakan yang agak baik kerana minat kami yang tidak terhingga terhadap bola, walaupun warna yang diminati adalah berbeza)

Maka,

Abu yang sedang enak dibuai mimpi bermadah dengan sang ratu terjaga oleh bit bit...

"Abu, dah tido ke? Liverpool menang lagi, hehe"

Maka jawablah Abu dengan hati yang tenang (tapi berang), "BLA LA!!!"

5 comments:

Beejan said...

minat bola je kaa? ble mau maen..? hee(^^,)

marwan_amz said...

Ceh, ana pun maen bola la gak dulu, pernah jadi striker apa time sekolah dulu, tapi sekarang.....paham2 je ler, hehe....

Azraai Ahmad said...

ana rasa rooney pun kalah kalau nta jd striker :)

marwan_amz said...

Ooo....nta perli ana ek, tak pe, tunggu dan lihat....adeh

Danial Izzat Zulbahari said...

haha. hebat gk pengaruh bola sepak ni ek??