Thursday, June 18, 2009

Jaulah Mesir'09: Koleksi Gambar-gambar Pilihan

Alhamdulillah, Jaulah Mesir'09 yang telah dirancangkan ini telah pun berjalan dengan selamat sekali. Bermula daripada bernafasnya diri di Cairo International Airport pada 30 April 2009 hinggalah kembali ke Kuala Lumpur International Airport pada 8 Jun 2009. Sesungguhnya perjalanan selama 40 hari itu sangat menyeronokkan, mencabar dan penuh dengan hikmah. Jom kita jelajah dalam post kali ini pula, semoga bermanfaat!

.



Ya, inilah gambar pilihan yang pertama. Gambar sang pelajar bersama sang mengajar, Ustaz Hamadah Hussein. Seorang ustaz yang sangat berkarakter, penyabar, periang, pelawak dan sangat bersungguh dalam melaksanakan amanah. Anda boleh bayangkan seorang cikgu yang mampu bercakap dan berceloteh dalam kelas untuk masa 5 jam dengan wajah yang riang? Jujur saya tidak mampu. (Juga seorang penyokong fanatik al-Ahly, hehe)





Ketika bersama-sama mengikuti rehlah anjuran Markaz al-Diwan selepas sebulan penat menuntut ilmu. (Berlatar belakang kan Kubu Salahuddin al-Ayyubi yang tegap lagi kukuh itu.)





Anda bermimpi untuk mengurangkan berat di bumi anbiyaa'? Nasihat daripada saya, jangan mimpilah!





Hmmm, apa yang menarik tentang gambar ini ye, kalau anda berada di Malaysia, anda memang tidak akan hairan dengan keindahan taman ini. Tetapi jika anda berada di Mesir, anda pasti akan berubah fikiran. (Berehat sebentar di Hadiiqah al-Azhar)





Hah, kan dah jauh benar gambar ini dengan gambar di atas. Inilah keadaan perumahan yang bisa dinampak di bumi Mesir khususnya di kawasan perkampungan. Gambar di atas merupakan gambar yang diambil ketika berjaulah ke Muhafazah Tanta. (Muhafazah itu boleh diumpamakan seperti daerah atau pun negeri di Malaysia). Walaupun gambar di atas seolah-olah menunjukkan bangunan yang tidak siap, tapi memang begitulah kebiasaannya rumah-rumah di Mesir, rumah tak siap.





Bak kata Izzuddin Nadzif@Tong , rumahnya terletak di kawasan "rural area". Lebih kurang seperti di gambar atas. Tapi ini bukan di Kaherah, masih di Tanta. Lokasi penggambaran terletak di lorong depan rumah Ustaz Muawwidz (pertama dari kanan).





Hah, ini pula ketika sedang membeli Kebab di sebuah kedai di Muhafazah Mansoura. Budak arab waktu kecil-kecil memanglah comel, tapi bila besar, mungkin sekali lagi anda akan berubah fikiran.





Alhamdulillah, kita sudah pun sampai di Alexandria spesifiknya di Montazah. Sebuah daerah yang sangat berbeza daripada daerah-daerah lain di Mesir, seolah-olah berada di bumi yang lain. (sangat cantik). Jikalau anda sudah menonton filem Indonesia Ketika Cinta Bertasbih, anda pasti akan kenal dengan latar belakang gambar ini.





Istana yang cantik dan indah. Inilah istana miliknya Raja Farouq, raja terakhir Mesir yang telah digulingkan oleh Jamal Abdul Nasser dan sekutu-sekutunya. Jika tidak silap, gerakan Islam Ikhwanul Muslimin juga membantu bersama-sama dalam menggulingkan raja yang zalim ini.





Ustaz Hazwan tersenyum berposingkan latar belakang Piramid. Tibalah pula kami di Giza, daerah Piramid dengan menaiki kereta berjenama Matrix seperti yang anda lihat.





Berlatar belakang kan binaan yang diiktiraf sebagai antara 7 benda ajaib di dunia. Inilah juga pemandangan Mesir yang sebenar-benarnya, semata-mata padang pasir.




Asyik gambar pemandangan luar je, tak ada gambar Masjid ke? Ha, ini antara lokasi yang terdapat dalam Masjid Amru al-Ash. Sudah hampir asar ketika gambar inji dipetik. Sebenarnya banyak je lagi masjid yang dah pergi. Tapi untuk mempamerkan semua gambar adalah sangat keterlaluan, hehe...






Anda nampak apa yang cuba disampaikan dalam gambar ini? Inilah yang dikatakan bekas tapak kaki Rasulullah. Terletak di dalam Masjid As-Shafie betul-betul bersebelahan dengan maqam as-Shafie. Mengikut sesetengah riwayat yang popular, imam as-Shafie telah bermimpi menjumpai Rasulullah. Dan apabila sahaja bangun, beliau ternampak bekas tapak kaki Rasulullah di situ, Wallahu a'lam...





Datang Mesir untuk melancong saja pun tak puas juga. Apa lagi, ustaz Nazrul dan ustaz Hakimi pun mengajak saya ikut bertalaqqi dengan Syeikh Ali Jum'ah di Masjid al-Azhar yang sudah pun menjadi kebiasaan sebahagian kecil pelajar-pelajar al-Azhar pada hari sabtu. Inilah suasana ilmu di Masjid yang diasaskan oleh kerajaan Fatimiyyah ini, ketika ini rakaman televisyen sedang dilakukan.





Jikalau anda menuduh saya tidak bersukan, inilah gambar untuk menafikannya. (Walaupun saya tiada di dalam gambar). Bola sekarang sedang cantik berada di bawah kaki ustaz Shazwan@Haruman Kasturi yang hanya menunggu bila-bila masa sahaja untuk menjarigkannya. Inilah suasana di Souq Sayyarah (Pasar kereta), tempat yang menjadi himpunan untuk pelajar-pelajar luar negar beriadah bermain bola. (Termasuklah pelajar-pelajar Somalia.)






Pertemuan akan diselangi dengan perpisahan. Itu sudah pasti. Sangat merindukan sahabat-sahabat (para ustaz dan doktor) yang sedang berjuang gigih di Ardhul Kinanah ini. Tanpa ditemani ahli keluarga, sudah tentu sahabat-sahabat yang menjadi tempat melepaskan duka. "Warnai Hidupmu dalam Ikatan Persaudaraan". Terima kasih semua!!!






p/s: Mahu sahaja diletakakkan semua gambar di sini, tetapi yang telah saya katakan, bunyinya agak keterlelaun. Apa-apapun, terima kasih kepada anda yang telah bersama-sama menjelajahi jaulah kali ini.



6 comments:

monofar said...

anda juga mampu sebenarnya!

sedikit info:
nak tau x sbb apa nampak bangunan mcm x siap?

sbb musababnya menurut sumber yg mungkin blh dipercayai,
utk memudahkan diorg meningkatkan ketinggian bangunan seiring bertambahnya bilangan ahli beit..

maksudnya klu anak ada 5 org cukup utk 1 rumah tp tambah lg kembar 2 org.. kena la tambah lg kt atas..
begitulah..

wallahua'lam~
p/s: ku mahu tamr hind lg!

Zan Hassan said...

Anda bermimpi untuk mengurangkan berat di bumi anbiyaa'? Nasihat daripada saya, jangan mimpilah!
-Marwan jangan lupa resolusi nta-

fm said...

tumpang sibuk jap.
Jaulah ni under ape eh? tertanye2 gak. n satu lagi, Al-Ahly itu apa ya?

Beejan said...

marwan..rindu kamu..jom side rolling

althaarique said...

man, u sure have alot to tell brother. Esp the food,the ehem, the places and of course azhar and its 'u know'. haha.ahh~ nxt year inshallah.. mga dipermurahkan rezki.

marwan_amz said...

MNFJ,

Ya, memang benar maklumat yang telah diberikan oleh saudara. Terima kasih kerana sudi mengkongsikan maklumat ini. (Bila pula keluarga saudara MNFJ nk tambah satu tingkat rumah lg? hehe)

p/s: Datanglah rumah lg, tamar hindi tu ada sikit lagi, dalam satu jag lagi bole kot...:-)


Zan Hassan,

(Boleh x ana nk tarik balik resolusi ana tu, adeh)


fm,

Terima kasih kerana sudi untuk menumpang sibuk jap....
Untuk makluman, jaulah ini hanyalah disertai oleh ana seorang sahaja (jaulah solo namanya, jadi tambangnya pun solo gak lah, adeh) dengan kerjasama para ustaz-ustaz dan doktor-doktor malaysia yang sedang menuntut di Mesir,(nk ajak org len x da sape nk ikut,adeh)
Yg al-ahly tu lak adalah nama sebuah pasukan bola sepak yang paling dominan di Liga Mesir seperti Manchester United di England, Barcelona/Real Madrid di Spain dan Inter Milan di Italy. Pesanan kpd sume, jgnlah mengutuk pasukan bola sepak Mesir di hadapan org Mesir sendiri walaupun dia adalah seorg ustaz, adeh....

Beejan,

ana dah praktis side rolling dari puncak Piramid ke bawah, hehe...


Mu'az

Next year jaulah ke tempat len lak, Europe ke, kalo H1N1 da x de la...(Nta bukan ada kt shah alam ke skrg?)