Rabbani, Auzaie, Marwan (saya) dan Halim bersama-sama mempersembahkan Manis Gula kepada sahabat-sahabat seperjuangan KARISMA Daerah Gombak
MANIS GULA
Bermalam telah berlalu
Senja yang sendu
Mentari kian menjelma
Kisah lama kau dan aku
Bersusah payah
Meredah irama indah
Setiap kali peluh memerah
Tarbiyah semakin basah
Mari kita berukhuwwah
Islam kembali Izzah
Janganlah berundur
Menangislah tapi jangan mengalah
Ku jatuh berkali-kali
Tak ku mengerti
Perlukah aku berhenti
Walau kau tiada lagi
Berjuang di sisi
Jalanku takkan berubah
Lagu: Hak Cipta terpelihara
Lirik: Marwan Abdullah
DI SEBALIK TABIR PENULISAN LIRIK
Manis Gula merupakan sebuah lagu yang diadaptasikan daripada nyanyian artis Barat. Saya telah menulis semula liriknya khas untuk dipersembahkan ketika Mass-Gathering KARISMA Daerah Gombak pada 20 OKTOBER 2011. Sementara tajuk lagu ini iaitu "Manis Gula" telah diberikan oleh sahabat saya, Ahmad Rabbani Mokhtar usai sahaja lirik ini disiapkan.
Ketika mula-mula diminta untuk menulis lirik, saya bertanyakan apakah tema yang ingin diraikan? Halim meminta saya untuk menulis tentang ukhuwwah. Maka lahirlah "Manis Gula" yang menyeru kita untuk berukhuwwah. Saya mengakui walaupun bahasa yang digunakan amat bersahaja (simple), lirik ini tetap bermakna bagi saya kerana ianya merupakan lirik yang ditulis terus daripada hati. Saya sangat yakin mereka yang bersama-sama bergerak dalam gerabak ini pasti memahami mesej yang cuba disampaikan melalui lirik ini. Lirik ini merupakan sedikit luahan hati dan juga dalam masa yang sama merupakan motivasi kepada diri untuk terus beristiqamah dalam jalan yang amat memenatkan ini.
Terima kasih kepada Auzaie, Halim dan Rabbani kerana bukan sahaja sudi menerima lirik ini untuk dikumandangkan, malah turut sama menyanyikan lagu ini bersama-sama buat pertama kali. Tahniah juga kepada Ameer KARISMA Daerah Gombak, Najib Hashim kerana telah berjaya menganjurkan Mass-Gathering yang bermakna ini. Moga ukhuwwah yang terbina sesama kita ini akan mengembalikan keizzahan Islam di serata dunia ini insya Allah.
Wallahu a'lam
p/s: Rasa teruja bila mendengar Halim menarik rangkap "Setiap kali peluh memerah, tarbiyah semakin basah"....Allahu Akbar!!!