Wednesday, May 20, 2009

Ziarah Auntie Fatima

Wajahnya diliputi niqab sepenuh tubuh, namun sukma hatinya jelas memancarkan sinar seribu ketabahan. Suara yang dilantunkan sebegitu halus dan lembut menampakkan lagi dirinya yang sedang terik menanggung beban. Jiwa mana yang tidak tersentuh melayari kehidupan ibu kepada empat orang anak yang sungguh mencabar ini, sungguh luar biasa.

Pulangnya saya daripada markaz petang itu dikejutkan dengan berita daripada Bilal. Katanya ada orang Arab menelefonnya mencari saya. Terkejut juga saya ketika itu, selain daripada kakitangan markaz tempat saya belajar, tak pernah pula saya berhubungan dengan mana-mana orang Arab di situ. Malah tidak sampai seminggu pun saya memanaskan kaki di atas bumi ribut pasir ini. Saya bertanya kepada Bilal, apa lagi yang dikatakan? Bilal hanya menggeleng, dia yang sudah hampir setahun berada di bumi anbiya’ ini pun tidak dapat mengerti apa yang dituturkan dalam talian. ‘Ammi pekat barang kali?

Sedang asyik bermain bola pada petang itu, berlari anak Ustaz Shazwan memberikan saya telefon bimbit Bilal, saya mengagak yang terdapat panggilan lagi daripada orang Arab yang dimaksudkan Bilal sebentar tadi. Lantas berbunyi,

“Hello, Marwan? I’m your mother’s friend from Southampton.”

Fuh, auntie Fatima rupanya, subhanallah.

Maka Jumaat malam, saya yang ditemani Ustaz Os, Ustaz Hassan, Ustaz Ridzuan dan Ustaz Ali Baharom bersama-sama menziarahi Auntie Fatima di rumahnya yang terletak di dalam kawasan perumahan yang sama juga di Hayyu Ashir, Nasr City (Di Mesir, panggilan ustaz adalah suatu panggilan yang biasa kepada pelajar Malaysia yang menuntut dalam pengajian Islam di sana). Ummi sudah pesan dengan jelas dalam e-melnya supaya jangan pergi seorang diri, khuatir akan fitnah. Ustaz Os sempat menyarankan kepada saya untuk membelikan buah khukh sebagai buah tangan daripada kami.

Kedatangan kami di hadapan rumahnya disambut dengan sedikit malu oleh Abdullah yang berusia 11 tahun. Wajah Abdullah sungguh tampan, hasil campuran baka orang Inggeris dan orang Arab sangat menakjubkan. Sedang kami cuba beramah mesra dengan Abdullah yang asyik tersenyum malu itu, auntie Fatima pun keluar menyambut kehadiran kami. Penampilan dirinya yang berjubah dan berniqab penuh membuatkannya tidak ubah seperti perempuan-perempuan Arab lain yang ada di Mesir.

Ummi mengenali auntie Fatima ketika sama-sama belajar dahulu di Southampton, United Kingdom pada awal tahun 80an dahulu. Hidayah Allah mencecah jiwa auntie Fatima sehingga membawanya memeluk agama Islam melalui pelajar-pelajar perempuan Malaysia yang sama-sama menuntut di sana. Bersuamikan lelaki Mesir, auntie Fatima mengikuti suaminya untuk menginap di Cairo. Namun, kebahagiaan itu tidak selamanya berkekalan, mereka bercerai tidak beberapa lama kemudian. Hidup tanpa suami di bumi asing pasti suatu pengalaman yang sungguh menggetirkan, pengalaman hidup selama 17 tahun di Cairo cukup untuk membuktikan segala-galanya.

Kisah ketabahan itu tidak berhenti setakat itu sahaja, ummi dikhabarkan sendiri oleh auntie Fatima yang beliau sedang menderita penyakit kanser thyroid, lantas membuatkan ziarah kami pada malam itu menjadi sungguh bermakna sekali. Memandangkan kami adalah lelaki yang juga merupakan ajbani, sudah pasti kami tidak dapat bersembang dan mengetahui dengan lebih mendalam tentang penyakit yang sedang dihadapinya. Maka ummi memberi cadangan kepada saya supaya mencadangkan kepada pelajar-pelajar perempuan Malaysia yang berada di Mesir untuk turun padang menziarahinya. Cadangan ini telah pun saya utarakan kepada Ustaz Os, dan juga Ustaz Bazli yang merupakan ahli jawatan kuasa badan kebajikan anak-anak Selangor Mesir, pastinya saya masih menanti jawapan yang positif.


Mungkin jika ada sahaja di antara pembaca yang telah pun memenuhi syarat-syarat tersebut, apa salahnya jika sama-sama menunaikan hak tanggung jawab kita sesama saudara semuslim. Sebagai seorang yang pernah disuluhi cahaya oleh muslimah Malaysia, pasti kehadiran mereka ketika jiwa sedang menderita akan memberikan makna yang sungguh menggugah sukma, cukuplah sahaja jikalau kita sendiri berada di tempatnya. Semoga Allah memudahkan urusan auntie Fatima, Allah yubarik fiiha!

Bersama auntie Fatima dan anak bongsunya Abdullah

8 comments:

Beejan said...

marwan ngan abdullah ank cik fatima..mcm kembar tak seiras..=P.

althaarique said...

maarwan, ana rasa nta dah cukup syarat....tlglah jaga anak dia. anta pon dah macam bapak orang. dah matang. hee...

Ujian Allah sungguh hebat bagi orang2 yg mencintainya.

ada satu ayat, hadis ke apa x igt,

Barang siapa allah mencitainya, akan ia turun akan azabnya itu, utk mendengar rintihan hambanya dan agar hati dkt padanya.

wallahu'alam.

althaarique said...

adeh, baru terperasan, ana tertulis dalam bahsa kitab jawi.

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* said...

salam.
auntie Fatima sure is one strong Muslim lady.
kalau dia tak kuat, boleh jadi dia berpatah balik ke jalan gelap itu. nauzubillahiminzalik.
semoga auntie Fatima kekal tabah dan sabar dgn ujian ini.
dan semoga Abdullah grow up just as strong as his mother.
semoga diredhaiNya.

-syaimaa'-

zahidzuhri said...

semoaga kembara anta boleh menjadi iktibar dan hikmah untuk dikongsi bersama ikhwah di Malaysia nanti ;)

dinpaiman said...

Salam alaik
wan tuh mmg btol gambar ko kan ???
Badan ko nyer kepala pon ko nyer kan ???
Ke badan org lain kepala ko ??
ak tgh konpius nih..

marwan_amz said...

Beejan,

Terima kasih atas pujian anda...(walaupun tidak kutahu apakah niat anda, hehe)

Mu'az,

Apa kata kalo nta yg tolong jagakan anak dier....:-)

Syaimaa'

Kalo nti ada kt sana kan bagus, bole ler gi ziarah dier, adeh....

Zahid,

Yup, pastinya pelbagai hikmah yg akan ana kongsikan, syukran atas doa nta....

Din Paiman,

Benar atau pun tidak, percaya je lah....(tu la, sape suro dah lama x ziarah org)

Danial Izzat Zulbahari said...

insaf..huhu