"Marwan, bila ko nak kembali menjadi blogger?", seorang sahabat menegurku.
"Marwan, bila ko nak start menulis balik, ak recommend ko untuk guna blogger, tak yah friendster", seorang lagi makhluk menegur berbahasakan rojak.
"Cepatlah buat blog balik!!!", sang murabbi juga menegur daku.
"Ana pelik, semua orang ada blog, tapi anta sorang je yang tak da" Ahlil Bayt (bukan ahlil bayt Rasulullah ek) juga tidak sabar-sabar membaca penulisanku.
Ya, memang benar, jari-jemariku ini sudah lama tidak menari-menari di atas papan kekunci ciptaan ini. Rindu pada tarian yang pelbagai sememangnya sudah membuak-buak lamanya menyelinap sanubari. Namun, plot drama Tuhan sentiasa diolah dengan begitu menarik sekali. Sejak menghadapi beberapa musim kesukaran dalam hidup, jiwa yang ketika itu sudah luluh terhumban goyah. Hati yang dahulu penuh disirap menyala seolah-olah hanyalah sebuah buih di lautan.
Fakta, perasaan manusia boleh berubah walau hanya dalam sekelip mata. Musim kesukaran yang panjang itu telah mengatur suatu pertemuan titik hidup yang amat menghiburkan. Hikmah Tuhan sentiasa adil. Terima kasih kepada mereka yang setia membina diriku kembali ke landasan asal, hanya Allah yang tahu apakah amalan terbaikmu itu. Semoga musim kesukaran tersebut dapat menjadikan aku lebih tabah, thabat dalam perjuangan.
Kini aku kembali, membawa mesej-mesej yang menyentuh hati.
Ya, kini aku kembali, membawa mesej-mesej yang Islami.
Aku juga mahu kembali, membawa minda menyelongkar duniawi.
Percayalah, dunia itu indah, dan yang indah itu adalah dunia kita.
Salam perjuangan untuk semua, doakan semoga wasilah ini dapat memberi buah-buahan yang bukan hanya enak disantap, namun bijinya boleh pula menghasilkan buah yang lebih Indah, teruslah indah.
Selamat Membaca!!!

3 comments:
ayat nk bunga jer lbey..cptla post baru mne?
hahaha..stuju2..jgn biaq kusam je blog ni..
selamat kembali akhi
Post a Comment